Friday, April 3, 2020

Masak Mee Kolok Versi bahan terhad


Dah lama rasanya tak pergi restoren Dapur Sarawak. 
Bila time2 macam ni sibuklaa tekak ni terngiang-ngiang dengan rasa mee kolok dia. Huhu
Selalu aku pergi yang cawangan di Shah Alam sebab dekat je ngan rumah aku. Hehe
Ada macam-macam cara sebenarnya nak buat mee kolok ni, tapi aku tertarik dengan resepi dari blog ni sebab bahan dia sesuai untuk aku olah mengikut apa yang ada kat rumah aku ni. Hehehe
Cumanya, dalam resepi dia, guna daging, aku tukar jadi ayam. Hee

Kalau ikut resepi aku, macam ni:

Bahan-bahan
7/8 ketul Ayam dipotong kecil
4 ketul Mee instant. Aku guna Mee cintan
8 ulas bawang putih
Kicap pekat. Secukupnya
Sos tiram. Secukupnya
Minyak masak. Secukupnya
Cili api. Secukupnya
Air. Secukupnya
Garam. Secukupnya. 
1 ketul Kiub ayam. Kalau guna daging, letak kiub daging. 
1/2 sudu kecil Rempah sup
Daun sup sedikit

Cara-cara

Sup
Rebus ayam bersama rempah sup, kiub ayam, 2 ulas bawang putih yang dihiris halus
Sukatan air, ikut korang nak kuah banyak mana. Aku guna 3 mangkuk air.
Tambah garam secukupnya. 
Masukkan daun sup. 

Bawang putih
Goreng 6 siung bawang putih yang dihiris halus hungga warna perang. 
Angkat, toskan & biarkan minyak goreng bawang dalam kuali. 

Mee
Rebus mee dengan sedikit minyak masak. Ala-ala rebus spegeti
Bila mee dah lembut, angkat dan toskan sekejap. 
Lepastu goreng dalam minyak bawang goreng bersama dengan kicap pekat, sos tiram. 
Kacau hingga sebati. 

Kuah kicap
Kisarkan cili api, kicap & sedikit garam. 

Lepastu siap, hidangkan. Kacang tu akubtak tunjuk cara sebab tu aku saje je tambah-tambah sebab mmg ada.. Hehe
Resepi ni aku buat memang betul-betul ikut bahan yang ada je. & rasanya sedap, boleh tahann.. Haha

Cubalah.



Mee kolok tu aku buat untuk makan sarapan. Bukan sarapan sgt la dah pukul 11 masa tu. Hehehehe.. 
Tengaharinya aku bakar je ikan makan ngan nasi. Ala, bakar cara biasa tu je. 

Ok, tu saje. 

Bye. 

Masak Mee Kolok Versi bahan terhad

Dah lama rasanya tak pergi restoren Dapur Sarawak.  Bila time2 macam ni sibuklaa tekak ni terngiang-ngiang dengan rasa mee kolok dia....